My Stick Family from WiddlyTinks.com
Avent, Pigeon Peristaltic dan Tommee Tippee...
Monday, October 4, 2010

1. Bentuk simple, cantik, elegan...
2. Shape yg dibentuk mudah pegang untuk Ibu dan Humaira'
3. Parts tak banyak, so senang dicuci
4. Penutup botol rata sebelah atas, so senang nak letak (tak tergolek)
5. Saiz penutup botol sedang elok utk buat bancuh nestum dan dipegang ke mana-mana untuk suap Humaira' (ehehehe...)
6. Spare parts mudah cari
7. Puting tak mudah koyak so tak payah selalu ganti
Botol kedua Humaira' ialah Pigeon Peristaltic. First time Ibu beli masa Humaira' demam panas kena masuk wad kat Az-Zahrah. Mula-mula Humaira' demam biasa. Tapi takmau minum susu. Tido lama dalam buai tapi bila suap susu, Humaira' tolak. Doktor Nazim kata mulut Humaira' ada lebih 30 biji ulser... Luluh hati Ibu. Patutla Humaira' takleh menyusu. Doktor Nazim suruh beli botol susu yg putingnya lembut dan pendek so takkan sakit sangat mulut Humaira'. Itulah kisahnya mcamana Ibu mula-mula beli Pigeon Peristaltic...

PIGEON PERISTALTIC
Posted by Ibu Humaira' at 7:10 PM 0 comments
29.09.2010 Sanah Hilwah Ya Binti Humaira'....
Alhamdulillah... Humaira' dah genap 3 thn... Setelah sekian lama tak jadi blogger tegar mcm dulu2, Ibu rajin-rajinkan juga diri yg amatlah malasnya akhir2 ni.

Mengantuk di hari lahir...
Dapat hadiah pun mengantuk juga...
Adik Payi happy dpt join makan2 walaupun tak dapat makan. Payi minum lalu susu ibu je lah ye...
Posted by Ibu Humaira' at 6:18 PM 0 comments
Al-Kisah Ibu, Humaira' dan Susu....
Tuesday, June 15, 2010
Posted by Ibu Humaira' at 8:18 PM 1 comments
24 Mei 2010 - Humairaku sayang... Besarnya kuasa Allah
Monday, May 24, 2010
...24 Mei 2010...
Esok, 25 Mei 2010... genap ibu pregnant adik baby 38 minggu. Mmg besarlah perut ibu! Hari ni pegi checkup Humaira' ikut sbb nak main 'menan'. Kata Humaira'. Lepas siap checkup, antar umah MakTon mcm biasa...
Petang lepas keje, ibu ngan ayah amek Humaira' mcm biasa... Ibu pun hulurla tangan nak dukung Humaira'. Kata Humaira': Taknak! Humaira' berat, sian ibu...
Rasa terharu amat. Besarnya kuasa Allah.... Mcmana anak kecil yg selama ni mcm susah nak faham yg ibunya ni buyung, asyik mintak dukung aje. Tiba2 je terus faham.... Subhanallah
Posted by Ibu Humaira' at 8:25 PM 0 comments
Nur Nabilah Humaira' yang Istimewa...
Wednesday, February 24, 2010
HumairaKu Sayang...
Sedar tak sedar, hari ni umur Humaira' dah 2 tahun 4 bulan 3 minggu dan 5 hari... Dah jadi anak dara dah pun!
HIDUP KITA
Sekian lama dah rasanya tak update blog ni. Akhir2 ni ibu bz sket memikirkan langkah2 seterusnya nak diatur utk memastikan ekonomi famili kita stabil. Yela, sejak gomen potong semua bajet, ekonomi famili kita mmg ketara terjejas. Ayah kan selalu wat keje dengan gomen. Kalau dh bajet semua kena potong lebih drpd separuh, keje apa pulak yg ayah nak buat, kan? Kesian ayah. Jgn marah ayah sbb ayah skrg pun hari2 pening kepala fikir nak buat apa...
Buat masa ni, ayah bz kan diri jual kolostrum Alpha Lipid + Slim Diet II. Cuak juga hati ibu ni sbb ayah tu kan pendiam nya mengalahkan MunMun. Tak dpt bayangkan cemana ayah nak promote menda2 alah tu semua. Ibu cuma boleh tolong mana yg terdaya. Ibu letak kat web, promote kat Facebook ayah + ibu, pastu bg ayah semangat utk belajar bercakap dgn sape saje. Chaiyok! ayah... Alhamdulillah setakat ni ibu tengok perkembangannya positif. Ayah pun dah boleh interaksi dgn alien / stranger yg contact ayah pasal Alpha Lipid / Slim Diet II. hehehe... Nak seribu daya...
Antara Alpha Lipid dgn Slim Diet II, nmpaknya Slim Diet II lebih banyak peminat. Adakah ini menunjukkan banyaknya org2 gomok dan boolat kat Malaysia ni? Termasuk ayah dgn ibu? ehehehe.... Nantilah, bila adik baby dah keluar, dah tak minum susu ibu lagi, ibu pun nak jadi testimoni ayah juge. eheeee...
Dan, walaupun smpai sekarang dh ramai beli Alpha Lipid / Slim Diet II daripada ayah, Humaira tetap juga enggan mencuba Alpha Lipid. Cerewetnya anak ibu ni... Cuma kdg2 sukses juga la ibu campurkan Apid (nama manja Humaira utk Alpha Lipid) dgn nestum. Walaupun kebanyakan masanya Humaira cuma mkn sesudu je, ibu dah syukur byk2 dah...
HUMAIRA': YOU ARE MIRACLE
Mula2 ari tu bila tau ibu dh buyung kan adik baby, perasaan ibu ni Allah saja yg tahu. Happy? Mmg lah happy. Cuma banyak sungguh yg mengganggu gugat ke'happy'an itu. Ibu rungsing fikirkan ekonomi famili kita. Ibu rungsing juga fikirkan Humaira'. Humaira' kan selalu tak sihat. Humaira' still bergantung pd susu ibu walaupun dah tak 100%. Smpai ibu takut ke'buyung'an ibu ni membuatkan ibu jadi tak adil pulak pd Humaira' yg masih sgt2 perlukan perhatian lebih drpd ibu dan ayah.
Tentang susu ibu... ibu dh tanya doktor. Katanya takde masalah susukan Humaira masa buyung. Cuma kalau bleeding, ibu kena berhenti serta merta sbb itu menunjukkan badan ibu tak tahan hadapi 2 stress serentak. Ibu rasa ibu boleh buat, cuma yg lebih ibu risaukan ialah perasaan ibu tiap kali menyusukan Humaira. Ibu jadi tensen + tertekan + rimas + cepat nak marah. Selalu rasanya ibu naik angin tak memasal. Kesian Humaira. Tapi, tiap kali Humaira menangis (agaknya Humaira sedih bila ibu kasar2 dgn Humaira), ibu cepat jadi sayu dan bersalah yg amat sgt... Maafkan ibu Humaira'....
Satu hari, perkara tak diingini terjadi juga. Ingat tak masa kita bertiga jln2 pg Kelantan / Terengganu dgn Tokma, Ummi, Aboh n Adik Tiah... Mlm pertama kita tido kat Suria Beach Resort, Merchang. Penat sgt agaknya, ibu bleeding sikit. Frust tp apa nk dikata. Agaknya Allah tak suka ibu selalu buat kasar2 kat Humaira. Ye, Allah lah yg paling tahu ttg kita.
Tapi, hati ibu tambah rungsing. Mcmana nak pisahkan susu Humaira sedangkan Humaira tak pernah dpt tido mlm kalau tak menyusu dgn ibu. Aduhhh... ibu tak sampai hati nak paksa2 Humaira. Ibu tak sanggup Humaira nangis lama2 sedangkan masa yg sama ibu tau Humaira byk sgt bergantung dgn susu ibu dek krn tak mkn seharian... Dlm kepala ibu, nmpknya terpaksala tidurkan Humaira dlm buai tiap mlm. Supaya Humaira taklah sedih sgt. Humaira dah 2 thn, dan ibu niat taknak tidurkan Humaira dlm buai lagi. Tp takpelah, sesungguhnya Allah jua yg maha tahu...
Semoga Allah permudahkan segalanya...
Sepanjang journey kita, ibu still lg susukan Humaira. Tp tiap2 kali menyusu, ibu pesan dgn Humaira, Humaira dh tak boleh menyusu lagi sbb adik baby dah ada. Kalau menyusu juga nnt ibu sakit. Setiap kali, Humaira akan pandang je muka ibu. Sayu je rasa hati.
Bila kita dh smpai rumah Tokma balik, ibu berdebar2. Mcmana agaknya nnt. Masa dlm perjalanan tu ok lg sbb selalunya Humaira bole tertido sendiri dlm kereta, mungkin sebab terbuai2. Pastu pindahkan je atas katil kat hotel. Insyallah Humaira lena dlm kenyamanan aircond. Kat rumah lain. Mana ada aircond.. bkn mcm duk dlm kereta yg rasa terbuai2 smpai tertido.
Tapi...
Ye. Humaira adalah miracle....
Humaira stop terus minum susu ibu, dan stop terus tido buai. Humaira mcm paham sgt keadaan. Betapa besarnya kuasa Allah yg mampu menjadikan apa2 saja yang Dia mahu... Humaira' langsung tak sebut langsung nak susu ibu dan langsung tak sebut nak tido buai. Sampai ibu pulak yg terfikir-fikir...'berkasar sgt ke aku ni smpai mcm ni drastik anak aku stop susu dgn buai?'. Apa pun, ibu bersyukur sgt2... Allah permudahkan. Cuma ibu skrg usaha nak cari botol susu yg boleh menggantikan susu ibu... supaya kalau pun sebenarnya Humaira' bersedih, maka kesedihan tu akan berkurangan....
Sampailah kwn ibu perkenalkan ibu dgn botol Tommee Tippee... Seronoknya dpt tengok Humaira' minum susu dgn ekspresi 'happy' mcm minum susu ibu.... :) Alhamdulillah....
Posted by Ibu Humaira' at 7:11 AM 0 comments
29.09.09 My Princess is 2 years old!
Wednesday, September 30, 2009
29.09.09... Humaira' genap umur 2thn ikut kalendar Gregorian. Alhamdulillah... walau penuh dugaan (terutamanya berkaitan kesihatan). Ibu doakan Humaira' makin sihat dan membesar jadi anak dara ibu yg solehah...



Humairaku sayang....:)Posted by Ibu Humaira' at 12:16 AM 4 comments
Teman Humaira'...
Friday, July 10, 2009
CARS2nd movie yg Humaira' gila2kan bila tak dapat tidoq mlm ialah citer Cars... Boleh tahan bestnya, dia punye moral of the story pun bagus (walaupun Humaira' bukannya paham)....
Posted by Ibu Humaira' at 7:43 PM 1 comments
9 April 2009... CHECK UP @ HKL... Radiologi & Room 10
Sunday, April 12, 2009
Hari ni (9 April 2009) Humaira' ada 2 appointment; radiology utk scan buah pinggang, dan routine check-up kat Bilik 10 HKL...

Radiology Department, Paed HKL
Pukul 8.20am, Humaira' dgn ayah n ibu dah smpai HKL. Since appointment was scheduled pukul 9.00 am, dan 10.00 am utk routine check up kat Bilik 10, Harap2nya dpt register awal la. Tp pakcik yg jaga bilik x-ray tu ckp, doktor tgh miting la... kena tunggu la kejap. Utk menjimatkan masa, ibu regist siap2 kat Bilik 10 dgn note yg kami mungkin lambat sket sbb kena buat scan dulu. Balik ke bilik scan, sampai pukul 9.30am...Humaira', ayah n ibu masih menunggu doktor yg tak kunjung tiba. Kesian Humaira', bgn awal pg ari ni...terus kena angkut masuk kete dgn baju tidoqnya (tak mandi la tu maknanya), alih2 kena tunggu lama. Nak sambung tido pun tak boleh sbb bilik tu panas. Ibu pun kompius, takkan takde sape2 perasan yg bilik x-ray kanak2 tu panas. X sesuai utk budak2...
Dkt2 pukul 10,baru la dorg panggil nama Humaira' suruh masuk bilik scan... Doc ni nmpaknya baik2 je orgnya... Bagus2. Humaira' pun senang ati nak baring atas katil dlm bilik yg ditampal dgn mcm2 gambar kaler2, dan digantung dgn 'binatang' mcm2... Prosedur scan, sebijik mcm yg dibuat kat Az-Zahra dulu i.e. scan buah pinggang utk tengok kalau2 ada apa2 yg abnormal...dan kalau ada bengkak... Resultnya, alhamdulillah semuanya normal... Malah kata doc tu, pundi kencing, buah pinggang etc berfungsi dgn sgt baik. Tersentuh je sikit dgn alat scan yg sejuk tu, terus respond...
Bilik 10, Paed HKL
Ari ni dok lelaki. Lembut2 sikit orgnya tp nice. Mcm biasala, ibu dgn ayah kena start story balik A-Z pasal Humaira', termasuk test2 yg dah dibuat kat HKL (Heran, dorg ni tak perlu study dulu ke kes yg diorg kena handle?) Come to the worst, dorg ni mcm takde idea pun bila ditanya pasal DMSA Scan yg sbnrnya dah 4 bln dibuat. Tktaula apa perkataan yg sesuai utk describe dorg ni tau! Memang la, ari tu dorg cakap, kalau ada apa2 lepas DMSA Scan tu, dorg akan call. Tapi, berdasarkan reputasi dorg, ibu n ayah decided taknak bergantung sangat kat kata2 dorg ni. Tengokla, kalau pun takde apa2 berlaku, maka menyebabkan dorg tak call, at least sepatutnya dorg simpan la rekod pasal DMSA Scan tu! Hangin betul tau! Mujurla ibu ingat sgt tarikh scan tu ari tu (4 Disember 2008), so dorg senang nak carik dan korek rekod2 lama. Alhamdulillah... semuanya baik2 belaka.... Apa pun, ibu tetap tak berpuas hati dgn kerenah kat hospital ni. Letih la...
Posted by Ibu Humaira' at 10:11 PM 2 comments




