HumairaKu Sayang...
Sedar tak sedar, hari ni umur Humaira' dah 2 tahun 4 bulan 3 minggu dan 5 hari... Dah jadi anak dara dah pun!
HIDUP KITA
Sekian lama dah rasanya tak update blog ni. Akhir2 ni ibu bz sket memikirkan langkah2 seterusnya nak diatur utk memastikan ekonomi famili kita stabil. Yela, sejak gomen potong semua bajet, ekonomi famili kita mmg ketara terjejas. Ayah kan selalu wat keje dengan gomen. Kalau dh bajet semua kena potong lebih drpd separuh, keje apa pulak yg ayah nak buat, kan? Kesian ayah. Jgn marah ayah sbb ayah skrg pun hari2 pening kepala fikir nak buat apa...
Buat masa ni, ayah bz kan diri jual kolostrum Alpha Lipid + Slim Diet II. Cuak juga hati ibu ni sbb ayah tu kan pendiam nya mengalahkan MunMun. Tak dpt bayangkan cemana ayah nak promote menda2 alah tu semua. Ibu cuma boleh tolong mana yg terdaya. Ibu letak kat web, promote kat Facebook ayah + ibu, pastu bg ayah semangat utk belajar bercakap dgn sape saje. Chaiyok! ayah... Alhamdulillah setakat ni ibu tengok perkembangannya positif. Ayah pun dah boleh interaksi dgn alien / stranger yg contact ayah pasal Alpha Lipid / Slim Diet II. hehehe... Nak seribu daya...
Antara Alpha Lipid dgn Slim Diet II, nmpaknya Slim Diet II lebih banyak peminat. Adakah ini menunjukkan banyaknya org2 gomok dan boolat kat Malaysia ni? Termasuk ayah dgn ibu? ehehehe.... Nantilah, bila adik baby dah keluar, dah tak minum susu ibu lagi, ibu pun nak jadi testimoni ayah juge. eheeee...
Dan, walaupun smpai sekarang dh ramai beli Alpha Lipid / Slim Diet II daripada ayah, Humaira tetap juga enggan mencuba Alpha Lipid. Cerewetnya anak ibu ni... Cuma kdg2 sukses juga la ibu campurkan Apid (nama manja Humaira utk Alpha Lipid) dgn nestum. Walaupun kebanyakan masanya Humaira cuma mkn sesudu je, ibu dah syukur byk2 dah...
HUMAIRA': YOU ARE MIRACLE
Mula2 ari tu bila tau ibu dh buyung kan adik baby, perasaan ibu ni Allah saja yg tahu. Happy? Mmg lah happy. Cuma banyak sungguh yg mengganggu gugat ke'happy'an itu. Ibu rungsing fikirkan ekonomi famili kita. Ibu rungsing juga fikirkan Humaira'. Humaira' kan selalu tak sihat. Humaira' still bergantung pd susu ibu walaupun dah tak 100%. Smpai ibu takut ke'buyung'an ibu ni membuatkan ibu jadi tak adil pulak pd Humaira' yg masih sgt2 perlukan perhatian lebih drpd ibu dan ayah.
Tentang susu ibu... ibu dh tanya doktor. Katanya takde masalah susukan Humaira masa buyung. Cuma kalau bleeding, ibu kena berhenti serta merta sbb itu menunjukkan badan ibu tak tahan hadapi 2 stress serentak. Ibu rasa ibu boleh buat, cuma yg lebih ibu risaukan ialah perasaan ibu tiap kali menyusukan Humaira. Ibu jadi tensen + tertekan + rimas + cepat nak marah. Selalu rasanya ibu naik angin tak memasal. Kesian Humaira. Tapi, tiap kali Humaira menangis (agaknya Humaira sedih bila ibu kasar2 dgn Humaira), ibu cepat jadi sayu dan bersalah yg amat sgt... Maafkan ibu Humaira'....
Satu hari, perkara tak diingini terjadi juga. Ingat tak masa kita bertiga jln2 pg Kelantan / Terengganu dgn Tokma, Ummi, Aboh n Adik Tiah... Mlm pertama kita tido kat Suria Beach Resort, Merchang. Penat sgt agaknya, ibu bleeding sikit. Frust tp apa nk dikata. Agaknya Allah tak suka ibu selalu buat kasar2 kat Humaira. Ye, Allah lah yg paling tahu ttg kita.
Tapi, hati ibu tambah rungsing. Mcmana nak pisahkan susu Humaira sedangkan Humaira tak pernah dpt tido mlm kalau tak menyusu dgn ibu. Aduhhh... ibu tak sampai hati nak paksa2 Humaira. Ibu tak sanggup Humaira nangis lama2 sedangkan masa yg sama ibu tau Humaira byk sgt bergantung dgn susu ibu dek krn tak mkn seharian... Dlm kepala ibu, nmpknya terpaksala tidurkan Humaira dlm buai tiap mlm. Supaya Humaira taklah sedih sgt. Humaira dah 2 thn, dan ibu niat taknak tidurkan Humaira dlm buai lagi. Tp takpelah, sesungguhnya Allah jua yg maha tahu...
Semoga Allah permudahkan segalanya...
Sepanjang journey kita, ibu still lg susukan Humaira. Tp tiap2 kali menyusu, ibu pesan dgn Humaira, Humaira dh tak boleh menyusu lagi sbb adik baby dah ada. Kalau menyusu juga nnt ibu sakit. Setiap kali, Humaira akan pandang je muka ibu. Sayu je rasa hati.
Bila kita dh smpai rumah Tokma balik, ibu berdebar2. Mcmana agaknya nnt. Masa dlm perjalanan tu ok lg sbb selalunya Humaira bole tertido sendiri dlm kereta, mungkin sebab terbuai2. Pastu pindahkan je atas katil kat hotel. Insyallah Humaira lena dlm kenyamanan aircond. Kat rumah lain. Mana ada aircond.. bkn mcm duk dlm kereta yg rasa terbuai2 smpai tertido.
Tapi...
Ye. Humaira adalah miracle....
Humaira stop terus minum susu ibu, dan stop terus tido buai. Humaira mcm paham sgt keadaan. Betapa besarnya kuasa Allah yg mampu menjadikan apa2 saja yang Dia mahu... Humaira' langsung tak sebut langsung nak susu ibu dan langsung tak sebut nak tido buai. Sampai ibu pulak yg terfikir-fikir...'berkasar sgt ke aku ni smpai mcm ni drastik anak aku stop susu dgn buai?'. Apa pun, ibu bersyukur sgt2... Allah permudahkan. Cuma ibu skrg usaha nak cari botol susu yg boleh menggantikan susu ibu... supaya kalau pun sebenarnya Humaira' bersedih, maka kesedihan tu akan berkurangan....
Sampailah kwn ibu perkenalkan ibu dgn botol Tommee Tippee... Seronoknya dpt tengok Humaira' minum susu dgn ekspresi 'happy' mcm minum susu ibu.... :) Alhamdulillah....
0 comments:
Post a Comment