Lilypie Third Birthday tickers
Shuhada Muhamad's Facebook profile

Avent, Pigeon Peristaltic dan Tommee Tippee...

Monday, October 4, 2010

Catatan al-kisah botol susu-botol susu yg pernah Humaira' guna...
Botol susu pertama Humaira' ialah botol disney 20 yang ada gambar Heffalump warna purple. Masa tu Ibu langsung tak terfikir lagi nak beli botol-botol branded yang mahal-mahal. Pertamanya sebab Ibu memang takde idea langsung pasal botol-botol susu ni. Tambah lagi sebab bajet yang sgt limited. Apa pun, syukurlah sebab Ibu dapat beli dalam 15 botol kecil-kecil Disney saiz 2 oz dan 4 oz untuk isi dan simpan susu ibu. Selain gambar Heffalump, ada jugak gambar Sesame Street dengan gambar kartun ikan (Ibu pun taktau tu kartun apa).

Bila Humaira' dah 3 bulan gitu, baru lah Ibu start beli botol yang bagus-bagus sikit. Botol kedua Humaira' ialah botol Avent 4 oz. Ibu beli botol ni pun sebab mmg memudahkan storage susu ibu dlm peti ais. Mudah nak susun dan bentuk dia pun simple tp menarik. Humaira' guna botol Avent ni sampai umur sethn lebih. Bila Ibu agak-agak Humaira' dah minum banyak sket, Ibu belikan botol Avent 9 oz... Rupa-rupanya Avent 9 oz ni bocor...meleleh-leleh susu bila Humaira' minum. Mula-mula Ibu ingatkan Ibu yang tak pandai screw tutup dia. Tapi dah 2 biji botol pun mcm gitu juga, fed-upla. Ibu pun mula mencari-cari botol lain yang lebih best....



Philips AVENT
So, kesimpulan yang Ibu dapat buat untuk AVENT:



1. Bentuk simple, cantik, elegan...
2. Shape yg dibentuk mudah pegang untuk Ibu dan Humaira'
3. Parts tak banyak, so senang dicuci
4. Penutup botol rata sebelah atas, so senang nak letak (tak tergolek)
5. Saiz penutup botol sedang elok utk buat bancuh nestum dan dipegang ke mana-mana untuk suap Humaira' (ehehehe...)
6. Spare parts mudah cari
7. Puting tak mudah koyak so tak payah selalu ganti




Botol kedua Humaira' ialah Pigeon Peristaltic. First time Ibu beli masa Humaira' demam panas kena masuk wad kat Az-Zahrah. Mula-mula Humaira' demam biasa. Tapi takmau minum susu. Tido lama dalam buai tapi bila suap susu, Humaira' tolak. Doktor Nazim kata mulut Humaira' ada lebih 30 biji ulser... Luluh hati Ibu. Patutla Humaira' takleh menyusu. Doktor Nazim suruh beli botol susu yg putingnya lembut dan pendek so takkan sakit sangat mulut Humaira'. Itulah kisahnya mcamana Ibu mula-mula beli Pigeon Peristaltic...


PIGEON PERISTALTIC

1 comments:

NINA FARHANA said...

Tengah sevey botol utk baby.. tq for info 😊

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1