Lilypie Third Birthday tickers
Shuhada Muhamad's Facebook profile

Humaira' yang suka melukis.

Thursday, December 13, 2018

Sejak kecil lagi Humaira' suka sangat dengan buku. Suka baca buku, suka conteng-conteng. Suka lukis macam-macam terutamanya gambar MyLittlePony. Humaira' memang hafal semua watak MyLittlePony sejak kecil. Rarity, PinkyPie, entah apa lagi nama-namanya, cuma Humaira' yang minat dan ambil tahu. Boleh dikatakan setiap hari Humaira' lukis MyLittlePony, dan sekali sekala saja Humaira' lukis benda lain. Makin lama, makin terserlah minat Humaira' melukis. Berjam-jam mengadap kertas, pensel dan warna. Humaira' langsung tak kisah.

Sekarang,  Humaira' minat lukis berinspirasikan watak-watak anime dengan pelbagai kesan khas terutamanya kesan luka dan darah. Bagi ibu, lukisan Humaira' dah advance. Cantik sangat. Ibu pun suka melukis tapi bakat Humaira' ni memang bukan calang-calang.

Semoga Humaira' dapat kembangkam bakat yang ada, dapat buat apa yang Humaira' minat untuk buat, dan sukses dalam apa juga pilihanmu. Ibu sayang Humaira'.



0 comments: